Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Town Hall Cinta Syria Malaysia 2024

Town Hall CSM 2024 adalah program tahunan yang bertujuan untuk membentangkan perancangan strategik daripada Ketua Pegawai Strategi CSM berdasarkan sasaran setiap jabatan pada tahun 2024.

Berdasarkan perancangan aktiviti daripada setiap jabatan melalui Program Retreat CSM 2024, pembentangan pelan strategik secara keseluruhan ini adalah untuk memaklumkan kepada semua kakitangan tentang sasaran organisasi yang perlu dicapai pada tahun 2024, selari dengan visi dan misi CSM.

Melalui Town Hall ini, kakitangan dapat mengetahui dan menerima maklumat tentang perancangan aktiviti di antara jabatan dengan menyeluruh agar pelaksanaan pelan strategik kelak akan lebih teratur dan optimum.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0