Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

TINJAUAN GEMPA BUMI TURKIYE-SYRIA

10 Feb 2023 – Dua orang wakil Cinta Syria Malaysia turut serta bersama pasukan peninjau di dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Bumi Turkiye-Syria. Pasukan peninjau ini terdiri daripada aktivis kemanusiaan di bawah Gabungan NGO Prihatin Turkiye-Syria (GPTS) iaitu Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Malaysia for Syria (MFS), Cinta Syria Malaysia (CSM) dan Childrity.

Misi yang membawa dana sejumlah hampir setengah juta ini akan menumpukan bantuan kepada sokongan peralatan mencari dan menyelamat, perlindungan sementara seperti khemah serta keperluan kendiri yang lain, selain membuat agihan kit musim sejuk termasuk bahan bakar dan alat pemanas, masakan panas dan juga makanan ruji masyarakat Turki dan Syria iaitu roti. Misi juga akan mempersiapkan dua pusat perlindungan dan pengumpulan barang-barang sumbangan serta koordinasi agihan bantuan yang terletak di Gaziantep, Turkiye dan juga di Azaaz, Syria.

Selain daripada itu, misi juga akan membuat tinjauan bagi melihat keperluan bantuan sokongan perubatan, pemulihan trauma dan psikosial terutama kepada kanak-kanak serta keperluan-keperluan dalam jangka masa panjang yang lain seperti keperluan pendidikan, bekalan air bersih dan juga pemulihan penempatan mereka yang terjejas.

Bantuan-bantuan ini akan digerakkan secara bersama oleh petugas-petugas kemanusiaan di dalam Gabungan dalam fasa-fasa misi kemanusiaan yang telah dirancangkan dalam masa terdekat.

Antara bantuan yang telah diagihkan di Turkiye (Kemaskini pada 24 Feb 2023)
1) 2000 set masakan panas
2) 1000 set kebersihan
3) 1000 helai selimut

Antara bantuan yang telah diagihkan di Syria (Kemaskini pada 24 Feb 2023)
1) Sewaan jentera untuk 2 hari
2) 30 unit khemah
3) 180 set alat pemanas dan diesel
4) 30 set tilam dan bantal
5) 600 helai selimut
6) 250 set pakaian musim sejuk (kanak-kanak)
7) 400 pek set ready to eat
8) 800 set makanan panas
9) 200 set kelengkapan dapur

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0