Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Program Sponsor A Child adalah bantuan pendidikan untuk pelajar Syria di Pusat Bimbingan Alternatif Cinta Syria Malaysia (PBACSM) yang kurang berkemampuan. Program ini telah memasuki fasa ketiga yang berjalan selama 12 bulan, bermula September 2022 hingga September 2023.

Hasil daripada program ini, pelajar Syria yang terlibat dapat menerima bantuan pendidikan sekaligus meringankan kos sara hidup mereka di Malaysia. Sasaran Sponsor A Child 3.0 adalah seramai 24 orang dan terdapat 4 pakej tajaan seperti berikut:

Manfaat yang diperoleh oleh para penaja adalah mendapat pengecualian cukai dan menerima kemaskini perkembangan tentang pelajar yang ditaja.

Program Sponsor A Child 3.0 telah berjaya mendapatkan seramai 20 orang penaja awam untuk menaja 24 orang pelajar PBACSM. Kempen pencarian penaja kali ini telah berjalan selama 20 hari iaitu dari 15 Ogos 2022 sehingga 6 September 2022.

Manakala pemilihan pelajar adalah mengikut 3 aspek yang ditetapkan iaitu:

  • Kadar pendapatan isi rumah
  • Bilangan tanggungan keluarga
  • Pencapaian pelajar

Berikut adalah jumlah pelajar yang ditaja mengikut pakej tajaan, skop tajaan dan jumlah dapatan dana bagi Sponsor A Child 3.0.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jutaan terima kasih buat semua penaja dan penyumbang. Moga Tuhan rahmati kalian!

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0