Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

SEKOLAH KITA IV, TAL ABYAD

Lebih dari 10 tahun, Syria kekal sebagai salah satu isu kemanusiaan yang paling kompleks di dunia. Sejak 2019, daerah Tal Abyad telah diambil alih oleh Angkatan Bersenjata Turki dan Tentera Nasional Syria (SNA) beserta daerah-daerah lain yang dikawal oleh tentera Kurdi. Kerajaan Turki telah berusaha untuk menghidupkan semula infrastruktur dengan usaha daripada pelbagai pihak berkuasa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Kemudahan akses pendidikan kepada kanak-kanak pelarian Syria telah terjejas akibat kemasukan skala besar para pelarian dalaman daripada daerah sekitar. Kebanyakan pusat pendidikan juga telah bertukar menjadi penempatan sementara yang membantutkan tujuan asal penubuhan sekolah itu sendiri. Pusat pendidikan perlu diwujudkan dan ditempatkan di lokasi baharu yang menjadi tumpuan para pelarian bagi memastikan kanak-kanak pelarian ini mendapat peluang pendidikan yang sama rata. Tidak dapat dinafikan kanak-kanak pelarian ini tidak menerima sokongan psikososial, ilmu dan kemahiran yang sewajarnya demi meneruskan kehidupan pada masa akan datang.

Justeru itu, pihak Cinta Syria Malaysia telah mengambil inisiatif ini untuk menjalankan sebuah projek membaik pulih pusat pendidikan bagi memastikan kelangsungan pendidikan kepada kanak-kanak pelarian Syria khususnya di daerah Tal Abyad ini. Projek ini adalah sebuah usaha sama dengan pertubuhan bukan kerajaan tempatan, Bonyan Organisation dalam memastikan projek ini berjalan lancar.

PENGENALAN PROJEK

Objektif utama Projek Membaik Pulih Pusat Pendidikan di Tal Abyad ini adalah untuk menyediakan akses kepada persekitaran pembelajaran yang selamat untuk kanak-kanak setempat dan pelarian dalaman. Objektif ini dapat dicapai dengan usaha membina kawasan perumahan baharu untuk memindahkan keluarga yang menetap di dalam bangunan pusat pendidikan sedia ada, seterusnya dapat membaik pulih bangunan pusat pendidikan bertujuan untuk menyediakan ruang pembelajaran yang selamat, bersih dan sejahtera dengan aplikasi servis WASH – Water, Sanitation and Hygiene yang baik. Kerja-kerja membaik pulih hanya bersifat skala kecil adalah berdasarkan penilaian teknikal dan keperluan pusat pendidikan tersebut.

Setelah penubuhan rumah baharu telah selesai, keluarga yang menetap di dalam bangunan pusat pendidikan tersebut akan dipindahkan ke perumahan itu. Kerja-kerja membaik pulih pusat pendidikan akan dimulakan dengan tinjauan lapangan oleh jurutera daripada Bonyan Organisation untuk menilai dan merancang pelan pemulihan yang bernas. Kemudian, proses penggandaan akan dijalankan untuk memilih syarikat pembinaan untuk menjalankan usaha-usaha membaik pulih bangunan tersebut. Tindakan susulan akan dijalankan oleh pihak Bonyan Organisation melalui bantuan pegawai dan pasukan.

 

LAKARAN 3D SEKOLAH KITA IV

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0