Sekolah Tangisan Syria Di Bumi Jordan.

Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata. { Al-An’aam 6:59}

Doakan kami selaku burung-burung kecil yang cuba membawakan air di paruh bagi menghilangkan haus buat teman seagamanya.

Doakan kami prajurit-prajurit halus ini agar terus istiqomah bagi mencari sedikit ruang bagi mendapatkan tempat di syurga Tuhan nanti.

Doakan kami sebagai Ahli Tangisan Syria Di Bumi Jordan terus bertapak kukuh untuk membantu anak-anak Syria kita . Amin .

Jutaan terima kasih diucapkan kepada dermawan yang men{umbang kepada kami. Wajah-wajah kegembiraan anak-anak comel ini adalah untuk tatapan anda semua!

“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut” (Riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban menilainya sahih).

Kongsikan entri ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email

Berita Terkini

Ramadan Mission 9.0 (Malaysia)
Bantuan Darurat Banjir X Bonyan Organization
Bread4Syria di Idlib, Syria bersama Iman Care