Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Retreat CSM 2025 – Masa Untuk Refleksi & Rancang Masa Depan

Retreat Cinta Syria Malaysia 2025 bukan sekadar program biasa – ia adalah ruang refleksi dan perbincangan yang sangat bermakna buat seluruh warga kerja CSM. Diadakan dalam dua fasa, retreat ini bertujuan untuk kami semua berhenti sejenak dari rutin harian dan melihat semula arah tujuan kita sebagai sebuah organisasi kemanusiaan.

Fasa 1 berlangsung pada 23 hingga 25 Oktober 2024, manakala Fasa 2 pula pada 28 November, 2 dan 3 Disember 2024. Dalam program ini, tim CSM akan sama-sama menyemak pencapaian tahun lepas, berbincang tentang strategi baru, dan tetapkan hala tuju untuk tahun mendatang.

Selain perancangan kerja, retreat ini juga jadi peluang terbaik untuk eratkan hubungan antara kakitangan. Kami luangkan masa untuk berinteraksi, selesaikan salah faham, dan bina komunikasi yang lebih sihat antara satu sama lain. Pendek kata, program ini bukan saja untuk kerja semata-mata – tapi juga untuk kekuatan pasukan.

Yang paling menarik, terdapat sesi khas bersama Saudara Imran Zaki untuk perkongsian daripada sudut Al-Quran mengenai gerak kerja kemanusiaan ini. Sesi ini bertujuan untuk kami sama-sama refleksi dan perbaiki semula niat agar tidak tersasar dalam perjuangan, yang semakin hari semakin mencabar.

Akhir sekali, Retreat Cinta Syria Malaysia 2025 adalah tentang menyatukan hati, menyegarkan semangat, dan merancang langkah lebih mantap ke hadapan. Bersama, kami bina pasukan yang lebih kuat demi misi kemanusiaan yang CSM bawa.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MOU CSM x Faizal Tahir – Langkah Baharu Demi Masa Depan Ummah
Pelancaran Sumud Nusantara – Suara Bersatu dari Asia Tenggara untuk Palestin
Fun Day 2024 – Bila Team Mantap, Kita Celebrate Sama-Sama!