Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Retreat Cinta Syria Malaysia 2024

Retreat adalah program tahunan Cinta Syria Malaysia yang akan membincangkan berkenaan dengan sasaran tahunan organisasi, menganalisa projek yang telah dilaksanakan, merancang projek baharu serta merangka pelan strategik seiring dengan visi dan misi. Setiap tahun, Retreat CSM akan berlangsung pada kuarter keempat.

Bagi Retreat CSM 2024, ia dengan jayanya diadakan selama 7 hari. Fasa 1 bermula pada 31 Oktober 2023 sehingga 3 November 2023 manakala Fasa 2 pula bermula pada 28 November 2023 sehingga 4 Disember 2023.

Kelainan objektif Retreat 2024 berbanding retreat tahun sebelumnya adalah merangka visi dan misi bagi tahun 2025 sehingga tahun 2027. Selain daripada merancang aktiviti-aktiviti baharu, aktiviti CSM yang sedia ada juga perlu disemak semula dan diperhalusi agar gerak kerja dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan efektif.

Selamat maju jaya buat seluruh Keluarga CSM untuk tahun 2024!

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0