Pada Misi Qurban kali ini, sebanyak 5,120 keluarga penerima manfaat dengan anggaran seramai 26,865 penerima manfaat individu.
6 bentuk sumbangan yang telah dijalankan dan diagihkan:
– Ibadah Qurban/Aqiqah
– Agihan daging sedekah
– Bantuan perubatan
– Bantuan pendidikan
– Bantuan pek makanan
Tim CSM tidak berpeluang untuk menyertai misi qurban pada kali ini kerana wabak pandemik Covid-19 yang semakin berleluasa.
Ibadah qurban/aqiqah dan agihan daging sedekah bagi 495 ekor kambing biri-biri telah dijalankan oleh empat (4) buah organisasi bukan kerajaan (NGO) yag terdiri daripada BONYAN, URDA, ONSUR dan CSM sendiri.
Ini merupakan agihan buat slot sedekah daging di Jordan.
Untuk fasa pertama, 100 kambing disembelih untuk diagihkan di kawasan Mafraq.
Terima kasih pada semua peserta korban/akikah dan para penyumbang yang sama-sama menjayakan Misi Qurban CSM 8.0 ini. Setinggi-tinggi penghargaan buat semua atas kepercayaan yang diberi kepada Cinta Syria Malaysia.