Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Qurban Mission CSM 1.0

Tanggal 15/10/2013, 51 ekor kambing milik Tangisan Syria Di Bumi Jordan hasil sumbangan dermawan untuk pelarian Syria selamat diqorbankan / diaqiqahkan hasil kerjasama bersama Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Al-Bayt di Mafraq Jordan.

Misi bermula dengan Koordinator Tangisan Syria Di Bumi Jordan menerangkan serba sedikit tentang Projek Qorban & Aqiqah Untuk Pelarian Syria Di Jordan. Upacara penyembelihan bermula kira-kira jam 10.00 pagi dan berakhir kira-kira 2 jam kemudian. Upacara ini dilakukan di Rumah Persatuan bersama-sama anak Malaysia yang belajar di bumi Jordan ini. Seterusnya, kambing dilapah dan diagihkan 2kg setiap plastik.

Team Tangisan Syria di Bumi Jordan seterusnya bergerak kem pelarian Syria Janubi di belakang Universiti Al-Bayt. Sebanyak 10 keluarga pelarian Syria mendapat bahagian masing-masing termasuk seekor kambing yang diniatkan untuk aqiqah seorang bayi yang tinggal di kem tersebut.

14 plastik yang seterusnya dihantar ke 14 buah keluarga pelarian Syria di kem Zubaidiyah yang terletak kira-kira 20km dari sempadan Syria-Jordan. Daging qorban turut diagihkan dari rumah ke rumah sekitar Mafraq, Jordan.

Baki kira-kira 400 plastik yang lain diserahkan kepada Yayasan Khalid Ibn Walid untuk diagihkan. Keluarga Syria datang sendiri ke Yayasan untuk mengambil daging masing-masing. Ada juga daging yang dibawa ke Amman untuk agihan kepada pelarian Syria di sana. Proses agihan ini dipantau oleh sukarelawan kami sendiri.

Agihan selesai pada jam 9 malam. Pihak Tangisan Syria Di Bumi Jordan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan Projek Qorban & Aqiqah ini. Jutaan terima kasih juga kepada dermawan yang menyumbang kepada kami. Semoga Allah membalas segala jasa baik yang kita lakukan. Ameen.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0