Agihan Sumbangan Kepada Pelarian Syria Sekitar Mafraq, Jordan 2.0

Misi Kedua Bersama Yayasan Khalid Ibn Walid.

Tanggal 3/9/2013, pihak Tangisan Syria Di Bumi Jordan bersama Palestine Reconsruction Team serta kerjasama Yayasan Khalid Ibn Al-Walid telah selesai mengagihkan sumbangan berbentuk beras, minyak masak, mee segera, gula, tepung, manisan, pasta, sardin, krim, dan sos tomato kepada 49 keluarga pelarian Syria dan sebuah keluarga Jordan (Sukarelawan Yayasan Khalid Ibn Walid) sekitar Mafraq, Jordan. Misi bermula jam 10 pagi dan berakhir pada jam 4 petang.

Antara penerima sumbangan adalah muallaf, isteri dan anak-anak mujahidin FSA. Insya Allah, kerjasama Tangisan Syria Di Bumi Jordan bersama Yayasan Khalid Ibn Walid yang menguruskan 4600 keluarga pelarian Syria di Mafraq, Jordan akan diteruskan.

Kos pembelian barangan sumbangan serta kos pengurusan keseluruhannya untuk misi kali ini berjumlah RM3685.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada dermawan yang menyumbang kepada kami. Semoga Allah merahmati kalian. Insya Allah, pengagihan akan diteruskan pada masa akan datang.

Kongsikan entri ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email

Berita Terkini

Ramadan Mission 9.0 (Malaysia)
Bantuan Darurat Banjir X Bonyan Organization
Bread4Syria di Idlib, Syria bersama Iman Care