Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Pembentangan Data Kuarter 4/2023 – Masa untuk Tinjau, Teliti & Tambah Baik

Pada 10 Januari 2024, satu sesi penting telah berlangsung bersama seluruh pasukan Cinta Syria Malaysia – iaitu Pembentangan Data Kuarter 4 Tahun 2023. Program ini bukan sekadar sesi tunjuk angka semata-mata, tapi lebih kepada ruang refleksi dan penambahbaikan untuk semua jabatan setelah satu tahun pelaksanaan semua gerak kerja bagi tahun 2023.

Setiap jabatan telah membentangkan data, maklumat dan pencapaian berdasarkan sasaran yang telah ditetapkan sejak awal tahun. Daripada capaian program, impak bantuan, prestasi pasukan, hinggalah ke kekangan yang dihadapi – semuanya dibentangkan dengan telus dan terbuka. Apa yang menjadi, kita raikan. Apa yang belum capai, kita perbaiki sama-sama.

Inisiatif ini adalah hasil usaha Jabatan Pengurusan yang ingin memastikan setiap jabatan dapat menyusun semula strategi dengan lebih kemas. Dengan adanya pembentangan sebegini, semua orang dapat melihat gambaran besar – bukan sekadar apa yang berlaku dalam jabatan masing-masing, tapi juga bagaimana kita semua bergerak sebagai satu pasukan.

Objektif utama program ini adalah untuk:

  • Tinjau semula data & capaian, sama ada berjaya atau belum sampai sasaran.
  • Kenal pasti ruang untuk tambah baik, supaya gerak kerja jadi lebih lancar dan berkesan.
  • Capai kesepakatan bersama, supaya semua usaha kita selari dengan visi dan misi Cinta Syria Malaysia.

Secara keseluruhannya, pembentangan data kuarter ini bukan hanya tentang nombor – tapi tentang nilai. Nilai kejujuran, semangat bekerjasama, dan komitmen untuk jadi lebih baik demi manfaat ummah. Semoga hasil perbincangan ini menjadi panduan penting untuk gerak kerja kita yang lebih cemerlang di masa hadapan.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MOU CSM x Faizal Tahir – Langkah Baharu Demi Masa Depan Ummah
Pelancaran Sumud Nusantara – Suara Bersatu dari Asia Tenggara untuk Palestin
Fun Day 2024 – Bila Team Mantap, Kita Celebrate Sama-Sama!