Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Pelancaran Sumud Nusantara – Suara Bersatu dari Asia Tenggara untuk Palestin

Konvoi Sumud Nusantara untuk Gaza bukan sekadar perjalanan membawa bantuan – ia adalah gerakan akar umbi pelbagai negara yang menyatukan hati dan suara demi Palestin. Dianjurkan oleh MyAqsa Defenders dan Cinta Gaza Malaysia bersama NGO tempatan dan luar negara, inisiatif ini diilhamkan daripada Sumoud Convoy dari Tunisia, tetapi kali ini suara solidariti bergema dari Asia Tenggara.

Gerakan ini menghubungkan Malaysia, Indonesia, selatan Thailand dan negara serantau lain, menuju kepada kemuncak pergerakan simbolik melalui konvoi darat, udara dan laut yang membawa bukan sahaja bantuan kemanusiaan, tetapi juga mesej advokasi yang kuat. Matlamatnya jelas – mendesak badan antarabangsa membuka koridor kemanusiaan kekal ke Gaza, demi menghentikan pembunuhan berterusan dan penindasan terhadap rakyat Palestin.

Tahun ini, Malaysia memegang kerusi Pengerusi ASEAN – satu peluang besar untuk memimpin inisiatif kemanusiaan ini dan sekali lagi menulis sejarah sebagai negara yang lantang memperjuangkan Palestin di mata dunia Islam.

Gerakan ini juga merupakan sebahagian daripada gabungan global Global Sumud Flotilla yang turut melibatkan Global March to Gaza, Freedom Flotilla Coalition dan Sumud Convoy.

Objektif utama gerakan ini:

  • Menghentikan genosid di Gaza.
  • Menyatukan masyarakat sivil Asia Tenggara & Asia Selatan dalam memperjuangkan hak Palestin, dipimpin oleh Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN.
  • Menyalurkan bantuan kemanusiaan secara simbolik dan fizikal dengan memecahkan sekatan melalui laluan darat atau laut.
  • Menyerahkan memorandum sokongan dan advokasi di kedutaan serta institusi utama.

Sumud Nusantara untuk Gaza bukan sekadar perjalanan – ia adalah suara bersama, langkah berani, dan tanda bahawa kita di rantau ini tidak akan pernah berdiam diri.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MOU CSM x Faizal Tahir – Langkah Baharu Demi Masa Depan Ummah
Pelancaran Sumud Nusantara – Suara Bersatu dari Asia Tenggara untuk Palestin
Fun Day 2024 – Bila Team Mantap, Kita Celebrate Sama-Sama!