Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

MySyria Water Project di Tal Abyad, Syria

MySyria Water Project semakin bergerak aktif!

Proses membaiki enjin di stesen Doganiya diteruskan. Selepas ini, akan dilakukan penggantian bateri pula.
Di stesen Turkmen, cubaan untuk pemasangan pam air tenggelam juga berjaya dijalankan dan pembinaan saluran air akan bermula. Penjana air di stesen Turkmen juga turut diperiksa. Ini semua antara proses bagi memastikan air bersih dapat disalurkan.

Proses telah dimulakan walapun sebelum tabung MySyria Water Project ditutup. Kita jelas dengan segala proses. Tahu ada ribuan penduduk sedang menanti bantuan ini. Tidak boleh bertangguh! Ini bukan semata air bersih. Sumber air inilah nanti anak-anak akan mengambil wudhu bersama keluarga. Ibu-ibu mahu minum dan masak. Tak nak dah penduduk di sana sakit kerana gunakan air tasik yang tidak dirawat. Mereka tidak perlu lagi berjalan jauh.

MySyria Water Project merupakan satu projek yang besar. Ianya merupakan bantuan yang paling diperlukan buat penduduk Tal Abyad ketika ini. Penduduk tidak memiliki sumber air bersih. Stesen air mereka rosak kerana pernah dibom. Kita merancang untuk membaikpulih penjana, membina saluran air (anggaran panjang 65km), menyediakan bahan klorin dan bahan bakar. Bukan itu sahaja, kita akan membaikpulih 3 tangki air utama di kawasan Stesen Torkamen, Al-Eskan dan Al- Sharkrak.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0