Persiapan Hari Raya Aidil Adha
Yes, Alhamdulillah!
Sampai sahaja di Gaziantep kami terus berehat seketika, sebelum perjalanan diteruskan ke shopping mall untuk membeli kelengkapan raya buat dua keluarga Syria yang kehilangan ayah mereka.
Pilih, beli baju dan alhamdulillah selesai.
Kalian lihat wajah mereka dapat baju yang mereka nak, subhanallah! Speechless, mereka sangat bahagia!
Ibadah Korban di Gaziantep, Turki
Sesi korban yang dilaksanakan di bumi Gaziantep, Turki.
Diketuai oleh Mizz Nina, kambing disembelih, dimasukkan ke dalam plastik lalu diagihkan kepada pelarian Syria di sana.
Ibadah Korban di Azzaz, Syria
Amanah kalian di Syria sedang ditunaikan.
Daripada kambing masuk ke dalam rumah sembelihan, kemudian sembelih, lapah, masukkan ke dalam plastik, bawa naik lori ke kem dan agihkan, kami sama-sama berbuat.
Ibadah Korban di Şanlıurfa
Kami meneruskan ibadah korban di Şanlıurfa.
Kali ini penyembelihan dilakukan di kawasan perkampungan, dilapah dan diagih kepada keluarga pelarian Syria di sini.
Alhamdulillah melengkapkan jumlah 100 ekor kambing disembelih di Turki.
Ziarah Mahabbah ke Dar El-Esteshfaa
Kami ke Dar El-Esteshfaa, pusat pemulihan di sini yang menempatkan mangsa-mangsa perang yang terkesan secara terus di Syria.
Hancur lebur perasaan kami. Menangis dan hiba yang sukarnya nak kami gambarkan. Ia sebuah keperitan yang tak ada ubat, hanya sebuah pelukan dan rasa memberi semangat kepada mereka.
Melawat Sekolah Kita II
Kami mengakhiri Misi Qurban & Aqiqah 5.0 tahun ini dengan melakukan ziarah ke Sekolah Kita II, sekolah yang ditaja penuh oleh Cinta Syria Malaysia hasil sumbangan kalian.
Meraikan majlis apresiasi dan menjamu anak-anak kami di sini makan tengah hari bersama.