Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Qurban Mission CSM 8.0 di Turki (ONSUR)

Pada Misi Qurban kali ini, sebanyak 5,120 keluarga penerima manfaat dengan anggaran seramai 26,865 penerima manfaat individu.

6 bentuk sumbangan yang telah dijalankan dan diagihkan:
– Ibadah Qurban/Aqiqah
– Agihan daging sedekah
– Bantuan perubatan
– Bantuan pendidikan
– Bantuan pek makanan

Tim CSM tidak berpeluang untuk menyertai misi qurban pada kali ini kerana wabak pandemik Covid-19 yang semakin berleluasa.
Ibadah qurban/aqiqah dan agihan daging sedekah bagi 495 ekor kambing biri-biri telah dijalankan oleh empat (4) buah organisasi bukan kerajaan (NGO) yag terdiri daripada BONYAN, URDA, ONSUR dan CSM sendiri.

Ini merupakan agihan buat slot sedekah daging di Turki.
Untuk fasa pertama, 100 kambing disembelih untuk diagihkan di kawasan Hatay.

Jumlah penerima manfaat di sini seramai 5329 individu.
Fasa kedua pula 100 kambing diagihkan untuk Urfa dan Tal Abyad.

Ini bermakna tambahan lagi 5330 penerima manfaat.

Terima kasih pada semua peserta korban/akikah dan para penyumbang yang sama-sama menjayakan Misi Qurban CSM 8.0 ini. Setinggi-tinggi penghargaan buat semua atas kepercayaan yang diberi kepada Cinta Syria Malaysia.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0