Misi Qurban CSM 8.0 di Lubnan.

Misi Qurban CSM 8.0 di Lubnan.

120 ekor kambing telah disembelih untuk ibadah korban/akikah sepanjang 10-12 Zulhijjah 1442H yang lalu. Sebanyak 960 buah keluarga bersamaan dengan 4,800 individu telah menerima daging korban di tiga lokasi seperti berikut:

1) Bekaa (50 ekor kambing) – Kem Adam, Kem Al Sarout, Kem Makawi
2) Aarsal (38 ekor kambing) – Kem Alward, Kem Alnahria, Kem Alamal, Kem Albaraa, Kem Masaken Alqalmoun
3) Lubnan Utara (32 ekor kambing) – Kem Kabarin, Kem Mourad dan Abed Al Baset Nabhan

Sebanyak tujuh buah kem pelarian di Lubnan juga telah menerima 500 unit food parcel seperti berikut:

1) Kem Turki Araji (42 keluarga)
2) Kem Hussain Abdelrazzak (15 keluarga)
3) Kem Khaled Abdelrazzak (65 keluarga)
4) Kem Kahled Araji (90 keluarga)
5) Kem Ali Askar (18 keluarga)
6) Kem Al Saada (13 keluarga)
7) Kem Zakor (7 keluarga)

Terima kasih pada semua peserta korban/akikah dan para penyumbang yang sama-sama menjayakan Misi Qurban CSM 8.0 ini. Setinggi-tinggi penghargaan buat semua atas kepercayaan yang diberi kepada Cinta Syria Malaysia.

Kongsikan entri ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email

Berita Terkini

Misi Qurban CSM 8.0 di Syria
Agihan Slot Sedekah Daging di Turki
Misi Qurban CSM 8.0 di Lubnan.