Majlis Iftar Nur Kasih

24 April 2022 – Majlis Iftar Nur Kasih telah berlangsung dengan jayanya atas izin Yang Maha Esa.

Objektif majlis ini adalah untuk mengumpul dana bagi Ramadan Mission CSM 9.0, yang mana dana yang dikumpulkan ini akan disalurkan kepada rakyat Syria yang berada di kem-kem pelarian sekitar Syria, Turki, Lubnan dan Jordan.

 

Majlis yang diadakan di The Ballroom by MAHSA Events ini telah dihadiri oleh 350 tetamu, termasuk Ikon Kemanusiaan CSM, Farah Lee. Turut hadir bersama barisan rakan artis; Noh Salleh, Mizz Nina, Altimet, Faizal Tahir dan Aizat Amdan. Dan sukarelawan CSM yang senantiasa ada berjuang bersama-sama CSM; Khairul Hakimin Muhammad dan Aqil Muaz.

 

 

Tidak lengkaplah sesebuah majlis, andai aturcara ia tidak memenuhi setiap detik waktu. Sebelum azan Maghrib berkumandang, majlis dihidangkan dengan acara perasmian Projek Baikpulih Tal Abyad dan Sponsor A Child oleh Ikon Kemanusiaan CSM, Farah Lee dan Ketua Pegawai Eksekutif CSM, En. Ahmad Musa Al-Nuwayri.

Seterusnya, acara Sharing Session dikendalikan oleh Aqil Muaz, selaku moderator melengkapkan lagi suasana penantian waktu berbuka puasa. Panel yang terlibat; Farah Lee, Noh Salleh dan Altimet berkongsi pengalaman di lapangan untuk Ramadan Mission CSM 9.0 setelah beberapa hari pulang dari Tanah Syam.

 

 

Setinggi-tinggi penghargaan buat semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Majlis Iftar Nur Kasih. Jutaan Terima kasih buat semua yang sudi membeli tiket sekaligus telah pun menyumbang untuk Ramadan Mission CSM 9.0.

Jutaan terima kasih kepada penaja Majlis Iftar Nur Kasih; MAHSA Events, Ombak Exclusive, Omma&Esabel, Hikari Riders, Kapsule Koffee, CookiesMostWanted dan MrTupperman Ventures.

Moga setiap kebaikan semua ini, Allah ganti dengan sesuatu yang lebih baik.

Berjumpa lagi di lain waktu!

Kongsikan entri ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email

Berita Terkini

Ramadan Mission 9.0 (Malaysia)
Majlis Iftar Nur Kasih
Lawatan Kerja di Turki & Syria