Lawatan Sambil Belajar Kanak-Kanak Syria Anjuran TSDBJ

Alhamdulillah, lawatan sambil belajar ke Jerash dan taman tema permainan di Irbid yang dianjurkan Tangisan Syria Di Bumi Jordan khas untuk 55 kanak-kanak pelarian Syria yang sedang mengikuti kelas yang kami anjurkan di Jordan berjalan dengan lancar semalam 7/12/2013.

Perjalanan yang bermula seawal jam 10.30 pagi bergerak meninggalkan Mafraq menuju ke Jerash. Kanak-kanak di bawa berjalan-jalan sekitar kota metropolitan di zaman pemerintahan Rom, sebelum bermulanya pertandingan mewarna di sana. Seterusnya, para pelajar dibawa ke sebuah restoran untuk berehat dan makan.

Perjalanan disambung pula ke taman tema permainan kanak-kanak di Irbid. Taman tema yang menyediakan permainan seperti kereta api mini, kapal gergasi dan lain-lain benar-benar menghiburkan anak-anak Syria ini. Kira-kira 2 jam dihabiskan sebelum berehat untuk makan malam dan pengagihan hadiah untuk pertandingan mewarna.

Kami bergerak pulang ke Mafraq pada jam 6.30 petang dan anak-anak Syria dihantar ke rumah masing-masing. Apabila ditanya bagaimana dengan lawatan kita hari ini, mereka menjawab,
“Heluuu Katheer-Katheer”! (Best Gila-Gila!)

Kongsikan entri ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email

Berita Terkini

Ramadan Mission 9.0 (Malaysia)
Bantuan Darurat Banjir X Bonyan Organization
Bread4Syria di Idlib, Syria bersama Iman Care