Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

IFTAR NUR KASIH 2.0

 

Objektif utama CSM untuk Ramadan Mission 10.0 adalah mengumpulkan dana dan mengagihkan bantuan dalam bentuk barangan keperluan harian: kotak makanan, juadah iftar, pakaian raya, dan sokongan pendidikan untuk tiga buah sekolah dibawah penyeliaan dan pengurusan CSM iaitu Sekolah KITA I, II dan III. Hasil dana terkumpul melalui penjualan meja dan kerusi daripada Majlis Iftar Nur Kasih 2.0 disalurkan ke kempen Ramadan Mission CSM 10.0

Majlis iftar bersama ikon-ikon kemanusiaan CSM, disamping beberapa aktiviti menarik sebelum dan selepas majlis berbuka puasa. Memberi peluang kepada 300 orang awam untuk menyertai Majlis Iftar NUR KASIH 2.0 bagi menampung dana sumbangan kempen Ramadan Mission CSM 10.0. Memberi dan menyebarkan kesedaran berkaitan kemanusiaan sejagat tentang nasib pelarian Syria. Peluang beramah mesra bersama ikon kemanusiaan CSM di samping menikmati hidangan iftar sambil menyumbang kepada Ramadan Mission CSM 10.0

Selaras dengan hasrat kerajaan dalam memartabatkan kemanusiaan, hasil sumbangan daripada kutipan dana di Majlis Iftar NUR KASIH 2.0 ini diharapkan dapat meringankan bebanan saudara kita di sana serta menggembirakan mereka dalam menjalani bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang. Hal ini secara langsung dapat menaik taraf pelbagai prasarana bagi kemudahan dan keselesaan generasi kini akan datang yang lebih berilmu dan berinovasi untuk masa depan saudara kita di Syria.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0