Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

GEMPA BUMI MC PLUS X CSM

Turkiye

Pada 6hb Februari 2023 sekitar 4:30 pagi waktu tempatan, dua gegaran gempa bumi yang bermagnitud 7.8 dan 7.5 skala richter telah mengegarkan Kahramanmaras, Turkiye. Mengikut laporan pasukan Turkish Disaster and Emergency Management Presidency (AFAD) susulan daripada kejadian tersebut sebanyak 3,100 gegaran susulan telah dilaporkan di sepuluh (10) wilayah berdekatan dan memerlukan bantuan kecemasan daripada luar. Diantara Kawasan yang teruk terjejas adalah: Adiyaman, Hatay, Gaziantep, Kilis, Malatya, Adana dan Sanliurfa. Kawasan yang paling teruk dilaporkan terjejas adalah Hatay, Karahmanmaras dan Gaziantep.

Gempa bumi ini adalah yang paling teruk melanda Turkiye sejak berabad lalu. Mengikut laporan gempa bumi terakhir yang teruk melanda Turkiye adalah pada 17 Ogos 1999 yang bermagnitud 7.6 skala richter dan telah mengorbankan seramai 17,118 nyawa dan lebih 50,000 orang tercedera. Mengikut laporan, kerajaan tempatan telah mengesahkan bahawa sebanyak 173,000 bangunan telah runtuh dan mengalami kerosakan yang teruk. Gempabumi yang melanda ketika musim sejuk sedang berada pada tahap kemuncak membuatkan situasi menjadi lebih teruk. Presiden Turkiye, Erdogan juga telah mengumumkan bantuan kecemasan luar diperlukan segera untuk sekurang-kurangnya selama tiga bulan pertama. Jumlah kematian yang dilaporkan di Turkiye adalah seramai 50,783 orang. Di samping itu juga dianggarkan seramai 3.3 juta individu yang terjejas akibat bencana ini.

Syria

Wilayah Utara Syria turut terjejas teruk akibat gegaran gempa bumi yang melanda Turkiye. Kehidupan di dalam Syria lebih bertambah teruk selepas bencana tersebut. Berdasarkan laporan yang diterima lebih kurang 9,000 buah bangunan yang terjejas dan menyebabkan hampir sekitar 86,534 orang hilang tempat tinggal. Antara wilayah Utara Syria yang terjejas teruk ialah; Janderis, Salqin, Afrin, Harim dan Janudiyeh. Manakala jumlah kematian yang dicatatkan di dalam Syria akibat daripada bencana ini adalah sekitar lebih 6,000 orang dan lebih daripada 120,000 individu yang dilaporkan cedera. Situasi peperangan yang masih berlangsung di dalam Syria dan juga kemerosotan ekonomi akibat inflasi menyukarkan lagi kehidupan seharian mereka. Bantuan segera daripada badan-badan luar amat diperlukan dalam waktu yang sukar ini. Diantara barangan keperluan yang amat diperlukan ialah: keperluan musim sejuk, khemah, perubatan, bekalan air bersih, pakaian, makanan dan kit kebersihan.

CSM x MC Plus x Le Maream

Pada 08 Februari 2023, Cinta Syria Malaysia (CSM) telah memulakan Kerjasama bersama MC Plus dan Le Maream untuk kutipan sumbangan bagi bencana gempa bumi yang melanda Turkiye-Syria.

  1. Tarikh Kutipan: 08.02.2023 sehingga 02.03.2023 (23 hari)
  2. Jumlah Dana Sumbangan: RM227,815.08
  3. Rakan Pelaksanaan: ONSUR (Turkiye-Syria)
  4. Jumlah Dana Agihan: RM157,466.95
Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0