(FESKO 18′) Sekolah Kita I

Tujuh tahun hingga hari ini, Syria diserang bertubi-tubi. Timur Ghouta dikepung dari segenap penjuru. Tiada langsung jalan keluar. Ratusan ribu sedang kebuluran.

Apa sebenarnya yang sedang berlaku?

Cinta Syria Malaysia telah menganjurkan sebuah forum bertajuk, ‘Syria Kembali Berdarah: Apa Tugas Kita?’ yang diisi dengan panel hebat dari pelbagai lapangan antaranya, Saudara Jufitri Joha (Naib Presiden ABIM), Saudara Fahmi Samshudin (Pengerusi GPM) dan Saudara Musa Nuwayri (Pengerusi CSM).

Majlis berlangsung di Masjid Teras Jernang, Bandar Baru Bangi pada Sabtu, 17 Mac 2018 bersamaan 29 Jamadilakhir 1439h. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dengan penuh keberkatan. Pihak kami sentiasa terbuka untuk terus berkongsi pengetahuan dan pengalaman kami supaya lebih ramai yang jelas tentang keberadaan saudara-saudara kita yang di sana.

Kita jumpa lagi di dalam program akan datang!

Kongsikan entri ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email

Berita Terkini

Ramadan Mission 9.0 (Malaysia)
Bantuan Darurat Banjir X Bonyan Organization
Bread4Syria di Idlib, Syria bersama Iman Care