Sebahagian gambar semasa program Penyampaian Bantuan Kemanusiaan buat Pelarian Syria di Jordan.
Program bersama DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin bersama delegasi termasuklah, Menteri Besar Perlis YAB Dato’ Seri Azlan Man, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis YB Tuan Ahmad Zamri, Mufti Negeri Perlis SS Dato’ Arif Perkasa Dr. MAZA, dan lain-lain.
Tuanku turut berkenan menyampaikan bantuan sebanyak RM100,000 untuk kegunaan NGO kami bagi projek projek yang akan datang.
Program ini adalah dengan kerjasama Tangisan Syria Di Bumi Jordan, yang merupakan sebuah NGO yang membantu secara aktif pelarian Syria di Mafraq serta TFTN For Syria dan Malaysian Arabian Cultural Society.
Gambar oleh: Batang Lidi