Dungun Have Heart !

Gambar sekitar Projek Komuniti oleh Banglo 606 dan Cinta Syria Malaysia pada 26 & 27 April 2019 lalu.

Program turut diwarnai dengan persembahan akustik dari Noh Salleh dan Amir Jahari. Juga perkongsian dari wakil Cinta Syria Malaysia -CSM, Ahmad Musa Al-Nuwayri.

Pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan antaranya Khidmat Masyarakat di Masjid Sura Hujung, aktiviti mural dan mencanting batik, Fun Ride dan lain-lain. Untuk makluman kalian, booth tabung Cinta Syria Malaysia – CSM telah mengumpul kutipan dana sebanyak RM11,385.00 sepanjang Projek Komuniti ini dijalankan.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang menyumbang dan juga komuniti anak-anak Dungun atas usaha kalian. Kita membuktikan kemanusiaan mampu bersatu bersama aktiviti amal dan hiburan!

Terima kasih!

Kongsikan entri ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email

Berita Terkini

Tinjauan Gempa Bumi Turkiye-Syria
School Trip Pusat Sains Negara
Medical Checkup PBACSM X Klinik As Salam