Cinta Syria Malaysia sangat berbesar hati untuk menerima Farah Lee sebagai Honorary Advisor untuk Pusat Bimbingan Alternatif Cinta Syria Malaysia.

Seperti yang ramai ketahui, Farah Lee sangat aktif dalam dunia kesukarelawanan. Ikon muda itu juga merupakan seseorang yang sangat mementingkan pendidikan.

Pada 8 November, Farah Lee telah pun menandatangani persetujuan untuk menjadi Honorary Advisor Pusat Bimbingan Alternatif Cinta Syria Malaysia (PBACSM). Beliau juga akan memantau perkembangan pelajar PBACSM menasihati guru-guru dan memantau silibus yang diajar.

Moga dengan kerjasama ini, kita dapat memperhebatkan langkah agar pendidikan dapat diberikan kepada mereka semua tanpa mengira latar belakang.

Pendidikan adalah hak semua. Terima kasih Farah Lee!

Kongsikan entri ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email

Berita Terkini

Agihan Winter Mission 8.0 (Lebanon)
Agihan Winter Mission 8.0 (Jordan)
Pembentangan Roadmap 2021