Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

CSM Audit ISO 9001:2015 Quality Management System (QMS) Stage 2

Stage 2 : 6 Oktober 2023

Dengan hormat,
Kami dengan gembira ingin mengumumkan bahawa Persatuan Cinta Syria Malaysia telah berjaya melepasi audit peringkat pertama ISO dan kini telah melanjutkan ke peringkat kedua. Audit peringkat kedua ini akan dilaksanakan oleh pasukan juruaudit daripada badan pensijilan ISO iaitu Platinum Shauffmantz Veritas (PSV) pada 06 Oktober 2023.

Audit peringkat kedua adalah langkah penting dalam perjalanan CSM menuju pensijilan ISO. Pasukan juruaudit akan menjalankan penilaian lebih mendalam terhadap sistem pengurusan CSM untuk memastikan kesesuaian dengan piawai ISO yang berkenaan. Keputusan daripada peringkat ini akan menentukan sama ada CSM layak untuk menerima pensijilan ISO yang menjadi matlamat utama CSM.

Terima kasih atas sokongan dan perhatian anda sepanjang proses ini. Pihak CSM amat menghargai sokongan kalian semua.

Sekian, terima kasih.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0