Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

CSM Audit ISO 9001:2015 Quality Management System (QMS) Stage 1

Stage 1 : 29 September 2023

Dengan hormat,
Kami di Cinta Syria Malaysia dengan gembira ingin mengumumkan bahawa Persatuan Cinta Syria Malaysia, telah menjalani proses audit di peringkat pertama ISO pada 29 September 2023. Audit ini telah melibatkan pasukan juruaudit daripada agensi sijil ISO dari Platinum Shauffmantz Veritas (PSV).

Audit peringkat pertama ini adalah sebahagian penting daripada usaha CSM untuk mencapai pensijilan ISO. Proses audit ini bertujuan untuk menilai kesesuaian sistem pengurusan CSM dengan piawai ISO yang berkaitan. Sokongan dari semua pihak sangat bermakna bagi CSM dalam mencapai pensijilan ISO yang menjadi matlamat utama CSM

Terima kasih atas perhatian dan sokongan kalian dalam usaha CSM untuk meningkatkan kualiti dan kebolehpercayaan perkhidmatan yang diamanahkan.

Sekian, terima kasih.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0