Tanggal 1 Oktober 2013, 30 kanak-kanak pelarian Syria menyertai bengkel menghafaz Al-Quran yang diadakan secara percuma di Yayasan Khalid Ibn Walid. Bengkel ini sepenuhnya ditanggung oleh Tangisan Syria Di Bumi Jordan dengan kerjasama Palestine Reconstruction Team hasil sumbangan anda semua.
Bengkel yang akan berlangsung selama sebulan ini dikelolakan oleh seorang ustazah bergelar hafizah dari Syria. Mereka diajar tentang Al-Quran, solat dan perkara berkaitan agama. Kelas bermula pada setiap hari kecuali pada hari jumaat bermula pada jam 5 petang – 7 malam. Para pelajar turut dijamu dengan makanan dan minuman setiap hari selepas kelas.
Kesemua pelajar berjumlah 30 orang termauk lelaki dan perempuan. Peserta perempuan dalam umur lingkungan 9-15 tahun.
Kos bengkel selama sebulan ini ialah JD1680/RM7651 merangkumi kos gaji guru sebanyak JD150, hadiah kepada setiap seorang pelajar yang berjaya menghafaz sebanyak JD20 seorang, kos makanan harian sebanyak JD630 dan kos pengangkutan sebanyak JD300. Untuk makluman, para peserta diambil seorang demi seorang dari rumah ke rumah.