Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Bedah Buku: Lelaki Terakhir Menangis di Bumi

Selepas lebih dua tahun diterbitkan, Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi yang ditulis oleh pengasas Cinta Syria Malaysia – CSM buat julung kalinya dibedah. Segala persoalan tentang buku ini dilontarkan di dalam sesi intim yang akan diadakan di DuBook Press.

Ramai anak muda yang telah hadir pada malam ini, Alhamdulillah! Juga ibu bapa bersama anak-anak turut bersama mendengar perkongsian cerita dan pengalaman dalam menjalani dunia kemanusiaan. Program bedah buku Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi oleh Musa Nuwayri telah berlangsung dengan jayanya di DuBook Store x Kafe Liar pada 19 Januari 2018. Dengan bayaran cuma RM3 yang terus dimasukkan ke dalam tabung Cinta Syria Malaysia – CSM malam Bedah Buku ini berjalan langsung dengan jayanya.

Pihak Cinta Syria Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir memeriahkan majlis. Semoga apa yang disampaikan sedikit sebanyak memberi manfaat kepada semua.

Kita jumpa lagi di dalam program akan datang!

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MOU CSM x Faizal Tahir – Langkah Baharu Demi Masa Depan Ummah
Pelancaran Sumud Nusantara – Suara Bersatu dari Asia Tenggara untuk Palestin
Fun Day 2024 – Bila Team Mantap, Kita Celebrate Sama-Sama!