Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Bantuan Mangsa Banjir 2.0 (Dengkil, Selangor)

Alhamdullilah! Kita dapat bantu orang Dengkil.

Beberapa kampung di sekitar daerah Dengkil telah dilanda banjir kilat. Disebabkan pembangunan bandar baru yang berlaku di sekeliling kawasan Dengkil, kawasan ini kerap berlaku banjir kerana menjadi kawasan tadahan hujan.

Kami ambil peluang untuk berikan bantuan kotak makanan dan tilam untuk 38 keluarga.

Keluarga ini antara penduduk Kampung Lalang, Kampung Sri Tanjung, dan Kampung Ampar Tenang.

Turut hadir bersama, @FarahLee_, ikon kemanusiaan Cinta Syria Malaysia.

Penghargaan juga buat penyelaras DUN Dengkil, Tuan Hamidi A. Hasan yang sudi untuk menyumbang RM1500 buat program ini. Terima kasih juga buat Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Semarang, Tuan Haji Azmi Shah sudi bekerjasama.

Banyak lagi misi bantuan kita akan berikan di Malaysia Insya Allah.

Terima kasih semua yang menyokong CSM Hope!

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0