Bantuan Mangsa Banjir 1.0 (Raub, Pahang)

Global Peace Mission Malaysia dengan kerjasama Cinta Syria Malaysia memberikan bantuan agihan barang keperluan untuk mangsa-mangsa banjir di Raub, Pahang

Sama-sama bantu rakyat Malaysia ni memang seronok.

Kita bantu orang kita. Sebenarnya Cinta Syria Malaysia tak terhad membantu pelarian Syria semata-mata.
Sebab kita percaya ‘pertolongan’ itu perlu untuk semua. Mana yang boleh dibantu, kita bantu.

Kita usahakan semampu-mampunya. Sebab itu ada CSM Hope.

Kita buat terus projek Bantuan Malaysia bawah entiti ini.
Ada banyak lagi kita akan usahakan In-sya Allah.

Buat yang mencari peluang infaq hari ini,
Mungkin boleh pertimbangkan untuk infaq buat tabung Bantuan Malaysia.

Terima kasih semua. Moga Tuhan berikan seluas-luas rezeki

 

Kongsikan entri ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email

Berita Terkini

Ramadan Mission 9.0 (Malaysia)
Bantuan Darurat Banjir X Bonyan Organization
Bread4Syria di Idlib, Syria bersama Iman Care