Aidilfitri adalah perayaan yang membuktikan kejayaan kita berpuasa selama sebulan di dalam Ramadan. Disambut dengan pelbagai juadah dan hidangan khas untuk sambutan perayaan. Namun ia tidak akan lengkap tanpa baju baru yang dibeli untuk menyambut hari raya.
Bagi orang syria mereka tidak mempunyai pakaian khas untuk perayaan Aidilfitri seperti orang melayu yang rata-ratanya akan memakai Baju Melayu atau Baju Kurung. Bagi mereka, cukuplah ia nampak baru dan cantik. Tapi tahun ini adalah tahun yang special untuk mereka kerana dengan kerjasama Mydin Bandar Teknologi dan Hanzalah Koperasi mereka dapat meraikan hari raya dengan pakaian baru dan dapat membudayai budaya orang Melayu dengan memakai Baju Melayu dan Baju Kurung.
Semoga usaha kecil ini dapat menyentuh hati mereka semua dan membuktikan kasih rakyat Malaysia kepada pelarian-pelarian Syria yang berada di Malaysia.