Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

KLINIK MEDICAL VILLAGE 2.0

Menurut respon daripada keluarga Syria, kos penjagaan kesihatan mencatatkan peningkatan yang agak ketara pada tahun 2019 menyebabkan mereka terpaksa menggunakan kemudahan pusat perubatan yang disediakan oleh NGO kerana kebiasaannya kos yang ditawarkan adalah lebih rendah. Oleh itu, kos merupakan penghalang utama untuk keluarga memenuhi keperluan harian mereka meskipun akses kemudahan dan perkhidmatan kesihatan telah tersedia.

Kos-kos ini akan digunakan untuk membayar kemudahan fasiliti dan juga perkhidmatan doktor.

Memandangkan pandemik COVID-19, inflasi, kejatuhan ekonomi yang menimpa Lubnan, peningkatan kadar pengangguran serta bilangan pelarian Syria dan penduduk Lubnan  yang memerlukan bantuan perubatan juga meningkat, terutamanya wanita hamil dan pediatrik. Berlaku juga peningkatan bebanan di pusat kesihatan primer dan sekunder serta peningkatan kematian dan morbiditi.

Oleh itu, projek Medical Village ini memerlukan sokongan dana bagi menampung kos ultrasound dan konsultasi 2,700 wanita hamil serta 3,600 konsultasi anak-anak pelarian Syria dan Palestin serta masyarakat Lubnan yang memerlukan. Secara tidak langsung, Medical Village ini akan mengurangkan beban di Pusat Kesihatan Primer dan Sekunder dan tahap kematian dalam kalangan pesakit.

Projek ini bertujuan untuk menambah baik akses kemudahan perkhidmatan kesihatan primer bagi 2,700 wanita hamil dan 3,600 anak-anak pelarian Syria, Palestin dan masyarakat Lubnan.

Melalui projek ini URDA akan menyediakan:

  • 2,700 ultrasound untuk 2,700 wanita hamil.
  • 2,700 konsultasi perubatan bagi 2,700 wanita hamil sepanjang tempoh kehamilan. Konsultasi akan diberi secara percuma oleh OBGYN.
  • 3,600 konsultasi perubatan bagi 3,600 anak-anak pelarian Syria, Palestin serta masyarakat Lubnan.

Antara kempen yang dijalankan bagi menyokong dana Klinik Medical Village ini, baru-baru ini kami telah menganjurkan kempen Minggu Penyusuan Susu Ibu 2023. Di samping memberi kesedaran tentang kebaikan susu ibu, ia juga secara langsung berkait dengan kepentingan seorang ibu hamil itu untuk mendapatkan rawatan yang baik di sepanjang proses kehamilannya.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

Sports Day PBACSM 2024
MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM