Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Aktiviti Anjuran Puspanita

Gambar sepanjang aktiviti anjuran PUSPANITA pada Jumaat bersamaan 15 Febuari 2019. Pihak PUSPANITA telah menjemput wakil dari Cinta Syria Malaysia, Musa Nuwayri untuk mengadakan kempen dan ceramah bagi memberi pendedahan kepada ahli-ahli PUSPANITA MESTECC dan warga MESTECC tentang aktiviti dan perjuangan Persatuan Cinta Syria Malaysia bagi membela nasib anak anak Syria.

Majlis ini turut dilengkapi dengan deklamasi puisi oleh Rua, pelajar Sekolah Kita III – CSM yang diiringi alunan alat muzik elektronik oleh volunteer CSM yang setia Cik Hazirah Hashim.

Terima kasih atas jemputan dan peluang untuk memberi pendedahan yang lebih meluas kepada warga MESTECC dalam majlis tempoh hari. Jutaan terima kasih diucapkan kepada PUSPANITA dan kesemua agensi kerajaan yang telah melancarkan pembukaan kutipan tabung yang akan berjalan selama sebulan.

Jumpa lagi di dalam program seterusnya!

Kenapa ada yang mengalirkan air mata? Saksikan video pendek sepanjang aktiviti ini!

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0