Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Fun Day 2024 – Bila Team Mantap, Kita Celebrate Sama-Sama!

Tanggal 6 dan 7 September 2024, seramai 17 orang kakitangan CSM terlibat dengan Fun Day berlangsung di tempat yang penuh kehijauan dan indah – Sekinchan, Selangor.

Program ini diadakan khas untuk meraikan semua kakitangan yang telah berikan sepenuh tenaga, idea, masa dan komitmen untuk jayakan visi dan misi CSM sepanjang penggal pertama tahun 2024. Selepas berbulan-bulan bekerja keras, inilah masanya untuk kami semua tarik nafas, senyum lebar dan enjoy waktu rehat… tapi dengan gaya CSM lah – penuh semangat dan penuh gelak tawa!

Lebih dari sekadar ‘jalan-jalan’, Fun Day ini jadi simbol kekuatan pasukan. Kami bukan hanya datang dari jabatan yang berbeza, tapi kami ada satu matlamat yang sama – nak bantu lebih ramai orang, dan nak jadi pasukan yang kuat dari dalam. Bila semua kakitangan turun padang untuk bersukan, beraktiviti dan bergelak bersama, barulah terasa betapa kuatnya semangat “KITA” dalam keluarga CSM.

Program ini juga sebagai ganjaran yang wajar untuk semua usaha luar biasa sepanjang kuarter 1 dan 2 tahun ini. Kami tahu yang kerja kami bukan mudah, tapi bila ada ruang untuk hargai sesama sendiri, ia jadi pembakar semangat untuk terus mara ke hadapan.

Semoga Fun Day ini jadi pembuka langkah untuk kami tempuh baki tahun 2024 dengan lebih mantap, lebih padu dan lebih bersatu!

CSM – bila kita bawa rasa ke-KITA-an, kita lebih kuat dan satu. 💪🌟

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MOU CSM x Faizal Tahir – Langkah Baharu Demi Masa Depan Ummah
Pelancaran Sumud Nusantara – Suara Bersatu dari Asia Tenggara untuk Palestin
Fun Day 2024 – Bila Team Mantap, Kita Celebrate Sama-Sama!