Program ini adalah bertujuan untuk membentangkan data kuarter ketiga tahun 2023 oleh setiap jabatan.
Jabatan Pengurusan Dana
Dapatan bagi Kuarter 3/2023 adalah sebanyak RM 332,006.99, sekaligus menjadikan dapatan terendah berbanding kuarter sebelumnya. Peningkatan dalam recurring system adalah sebanyak 0.63%.
Jabatan Portfolio, Program & Projek
Jumlah penerima manfaat adalah seramai 69,868 individu, peratusan yang lebih tinggi berbanding Kuarter 2/2023. Jumlah pengeluaran projek bagi Kuarter 3/2023 adalah sebanyak 50.08% dan menunjukkan peningkatan dari Kuarter 2/2023.
Jabatan Pengurusan Operasi
Pengeluaran HR untuk Kuarter 3/2023 adalah sebanyak 87.23%. Kos pengeluaran bagi Bahagian Pentadbiran pada Kuarter 3/2023 sebanyak 71.74%. Manakala penjimatan kos perbelanjaan adalah sebanyak 28.26% untuk Kuarter 3/2023. Bahagian Kewangan menyatakan dapatan bagi Kuarter 3/2023 sebanyak 16.73% manakala kos pengeluaran pula sebanyak 6.00%.
Jabatan Media Kreatif
KPI untuk Kuarter 3/2023 merangkumi 152.8% follower of social media, 19.3% impactful creative media content dan 36% effective reach. Data daripada setiap platform medial sosial dibentangkan iaitu Facebook Page (242 postings), Instagram (226 postings), TikTok (11 postings) dan Twitter (20 tweets).
Program Pembentangan Data Kuarter 3/2023 diakhiri dengan penyampaian anugerah perkhidmatan dan sesi bergambar.