Projek Medical Village merupakan projek menaiktaraf akses perkhidmatan penjagaan kesihatan primer (PHC) dijalankan dengan usahasama pihak Cinta Syria Malaysia (CSM) bersama NGO Union of Relief and Development Associations (URDA). Projek ini dijalankan setelah mengenalpasti masalah kemerosotan ekonomi, inflasi, wabak COVID-19 serta insiden letupan di Beirut yang memberi kesan kepada pelarian Syria, Palestin dan segelintir rakyat Lubnan. Kesannya, isi rumah hidup di bawah garis kemiskinan yang melampau.
Oleh itu, Medical Village telah membantu menampung kos rawatan konsultasi wanita hamil dan kanak-kanak (pelarian Syria dan Palestin (PRL, PRS) serta masyarakat Lubnan yang memerlukan. Secara tidak langsung, ini akan mengurangkan beban di Pusat Kesihatan Primer dan Sekunder dan tahap kematian dalam kalangan pesakit.
Kempen ini telah dijalankan dengan jayanya oleh pihak CSM dengan kerjasama pihak NGO, rakan-rakan kolaborasi, dan sumbangan dari semua penyumbang dermawan. Diharapkan usaha ini dapat dikekalkan agar isu kemanusian dalam kalangan pelarian Syria dapat dibendung dan melahirkan generasi Syria yang lebih bertamadun pada masa akan datang.
Terima kasih kepada semua.