Tanggal 9/9/2013, Tangisan Syria Di Bumi Jordan bersama Palestine Reconstruction Team serta kerjasama Yayasan Khalid Ibn Al-Walid telah selesai mengagihkan sumbangan berbentuk 3 peti sejuk, 2 mesin basuh dan sebuah dapur gas kepada 3 keluarga pelarian Syria di Jordan. Baki sebuah lagi peti sejuk akan diserahkan hari ini.
Antara yang mendapat bantuan berbentuk alat eletronik ini ialah isteri dan anak-anak mujahidin, Tentera Pembebasan Syria (FSA). Ribuan terima kasih diucapkan kepada dermawan yang menyumbang kepada kami. Semoga Allah merahmati kalian.
Antara sebab-sebab yang melayakkan mereka mendapat sumbangan adalah seperti:
Masalah penyakit yang menyukarkan pergerakan.
Miskin dan baru berpindah ke Jordan.
Ibu tunggal di Jordan dan suami sedang berjihad di Syria.
Catatan:
Yayasan Khalid Ibn Walid adalah pertubuhan yang menguruskan pelarian-pelarian Syria di sekitar Mafraq, Jordan. Pertubuhan ini diasaskan kira-kira 2 tahun lalu oleh Ibrahim Adnan Hamuwi yang merupakan seorang warganegara Syria. Setakat ini, mereka sedang menguruskan seramai 4600 keluarga pelarian Syria di sini.