Pihak Tangisan Syria di Bumi Jordan mengambil keputusan drastik menghantar 13 buah kipas kepada 13 buah keluarga yang tidak mempunyai kipas yang tinggal di kem pelarian di sini. Turut diagihkan adalah aiskrim kepada kanak-kanak dan orang dewasa.
Cuaca pada waktu tengah hari di Jordan mencecah 45 darjah celcius dan ada di kalangan penduduk kem yang tinggal di tengah padang pasir dan tidak mempunyai kipas!
Majoriti penghuni kem ini adalah kanak-kanak dan beberapa orang bayi.
Jutaan terima kasih kepada semua sukarelawan yang terlibat. Juga kepada penyumbang yang menyumbang kepada kami.
Terima kasih!