Tanggal 5 Febuari 2014,seramai 166 kanak-kanak pelarian Syria didaftarkan di sekolah mini yang diadakan secara percuma di Yayasan Khalid Ibn Walid. Bengkel ini sepenuhnya ditanggung oleh Tangisan Syria Di Bumi Jordan hasil sumbangan anda semua.
Kelas mini ini dikelolakan oleh 6 orang cikgu yang juga diambil dari kalangan orang Syria. Mereka diajar 6 mata pelajaran merangkumi Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Matematik, Kenegaraan, Al-Quran dan Pendidikan Seni. Kelas diadakan pada setiap hari kecuali pada khamis dan jumaat bermula pada jam 5petang – 7.15 malam. Para pelajar turut dijamu dengan makanan dan minuman setiap hari secara percuma.
Jutaan terima kasih kepada dermawan yang menderma sekaligus membantu melancarkan lagi kelas ini. Insya Allah ada ganjarannya di akhirat kelak. Kos kelas untuk sebulan ini ialah JD4731 merangkumi kos gaji guru sebanyak JD1200 (6 orang), gaji pemandu sebanyak JD300 (2 orang) kos makanan bulanan sebanyak JD2191, kos pengangkutan sebanyak JD440 dan sewa bangunan sebanyak JD600. Untuk makluman, para peserta diambil seorang demi seorang dari rumah ke rumah.