Bengkel Al-Quran yang dianjurkan oleh Tangisan Syria Di Bumi Jordan melabuhkan tirainya pada 5 November 2013 selepas berlangsung selama sebulan. Majlis penutup turut diadakan semalam beserta penyerahan sijil penyertaan. Majlis penutup ini dihadiri oleh ibu masing-masing.
Alhamdulillah, bengkel Al-Quran yang sepenuhnya ditanggung oleh Tangisan Syria Di Bumi Jordan hasil sumbangan anda semua ini berjalan dengan lancar. Untuk makluman, kanak-kanak ini diajar tentang Al-Quran, solat dan perkara berkaitan agama Islam. Kelas bermula pada setiap hari kecuali pada hari jumaat bermula pada jam 5 petang -7 malam. Para pelajar turut dijamu dengan makanan dan minuman setiap hari selepas kelas.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada dermawan yang menderma sekaligus membantu melancarkan lagi bengkel ini. Insya Allah ada ganjarannya di akhirat kelak. Bengkel seterusnya, iaitu bengkel ‘Bagaimana Cara Mendidik Anak-anak’ yang akan dikhaskan untuk para ibu warga Syria akan diadakan pada minggu hadapan, Insya Allah.