Sekolah Kita merupakan nama yang cukup sinonim dengan Pusat Bimbingan Alternatif Cinta Syria Malaysia. NGO ini cukup menekankan soal pendidikan. Sehingga kini, kami sudahpun miliki 3 buah sekolah yang terletak di Jordan, Turki dan Malaysia.
Tahukah anda terdapat banyak kes eksploitasi anak-anak Syria? Ada antara mereka menjadi mangsa seksual dan buruh. Dengan pendidikan, kita dapat melindungan mereka.
Bayangkan jika ratusan ribu kanak-kanak ini menjadi dewasa. Tanpa pendidikan, mereka mungkin gagal membentuk keperibadian diri yang mampu mempimpin kerana kurang didedahkan dengan ilmu pengetahuan.
Memastikan anak-anak Syria yang diberikan pendidikan yang benar-benar mampu membentuk jati diri. Kami mahu mengelakkan kefahaman atau pemikiran ektremis yang mungkin berlaku dalam kalangan pelarian.
Anda juga boleh menderma berapa sahaja jumlah untuk pendidikan mereka.