Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Sekolah Musim Panas Oleh Tangisan Syria Di Bumi Jordan

Sekolah musim panas kini bermula! Tanggal 7 Jun 2014 merupakan tarikh keramat kerana akhirnya sekolah musim panas ini berjaya dilancarkan. Seramai 185 orang kanak-kanak pelarian Syria telah didaftarkan di sekolah mini yang diadakan secara percuma di Yayasan Khalid Ibn Walid. Bengkel ini sepenuhnya ditanggung oleh Tangisan Syria Di Bumi Jordan hasil sumbangan anda. Pada kali ini, kami membawakan sedikit kelainan dengan membawa tema ala-ala kem musim cuti.

Kelas mini ini dikelolakan oleh 7 orang guru yang juga diambil dari kalangan orang Syria. Seiring dengan tema ala-ala kem musim cuti, daurah ini lebih menekankan mata pelajaran Seni dan Agama. Subjek agama pula dibahagikan kepada 3 pecahan iaitu, Fiqh, Sirah dan Tajwid al-Quran/Hafazan. Di samping itu, mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Kewarganegaraan dan Kesihatan turut diajar. Kelas diadakan pada hari Sabtu, Isnin, dan Rabu pada jam 2 petang- 4.30 petang dan sebelum pulang, mereka juga diwajibkan menunaikan solat Asar secara berjemaah. Para pelajar turut dijamu dengan makanan dan minuman setiap hari persekolah secara percuma.

Anggaran jumlah perbelanjaan daurah selama 3 bulan ini kira-kira JD8499.6. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para dermawan yang menderma sekaligus membantu melicinkan lagi projek amal ini. Untuk makluman juga, para peserta diambil seorang demi seorang dari rumah ke rumah.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0