Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Qurban Mission CSM 2.0

Tanggal 4/10/2014, 4 ekor lembu dan 69 ekor kambing milik Tangisan Syria Di Bumi Jordan hasil sumbangan dermawan untuk pelarian Syria selamat diqurbankan / diaqiqahkan hasil kerjasama bersama Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Al-Bayt di Mafraq Jordan.

Upacara penyembelihan bermula kira-kira jam 9.30 pagi dan berakhir kira-kira 3 jam kemudian. Upacara ini dilakukan di Rumah Persatuan bersama-sama anak Malaysia yang belajar di bumi Jordan ini. Seterusnya, lembu dan kambing dilapah dan diagihkan 1kg setiap plastik.

Team Tangisan Syria di Bumi Jordan bergerak mengagihkan daging pada keesokan harinya. Bermula di jam’iyyah seterusnya ke kem dan ke Amman. Daging turut diagihkan sedikit kepada pelajar Malaysia yang berada di Jordan ini.

Pihak kami Tangisan Syria Di Bumi Jordan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan Projek Qorban & Aqiqah ini. Jutaan terima kasih juga kepada dermawan yang menyumbang kepada kami. Semoga Allah membalas segala jasa baik yang kita lakukan. Ameen.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0