Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Mini Class: Photoshop (Creative Poster)

Pada 31 Oktober 2019, Cinta Syria Malaysia telah mengadakan Kelas Asas Photoshop. Kelas grafik ini telah dkendalikan oleh Ibni Barakat yang merupakan ketua jabatan Media Kreatif Cinta Syria Malaysia (CSM).

Kelas ini membantu pelajar mengenali segala komponen asas dalam Adobe Photoshop. Malah, peserta diberi peluang untuk mencuba membuat poster sendiri. Pihak CSM telah mengalu-alukan para sukarelawan untuk menyertai kelas ini dengan kadar bayaran istimewa iaitu RM15.

Kelas ini juga memberi peluang kepada mana-mana staf untuk mempelajari penggunaan Photoshop dengan mudah. Digital kini, penggunaan grafik sangat penting di media sosial. Gambar poster yang cantik mampu memberikan kesan positif terhadap jenama yang dibawa.

Kelas ini telah berlangsung selama dua jam setengah iaitu daripada pukul 10 pagi sehingga 12 tengahari. Moga para peserta dapat mengaplikasikan ilmu grafik yang dipelajari.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0