Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Ramadan Mission CSM 5.0

Bergambar di KLIA sebelum bersama semua Tim Misi Ramadan For Syria 5.0 sebelum bergerak ke sempadan Syria-Turki.

Selamat tiba di Gaziantep

Selepas mengharungi 15 jam penerbangan, tim Misi Ramadan For Syria selamat tiba di Gaziantep.

Sebuah daerah yang terletak kira-kira satu jam dari bumi Syria.

Kami dibawa ke pejabat Bonyan Organization, sebuah NGO yang bertanggungjawab menguruskan pergerakan dan bantuan sepanjang kami di bumi Turki.

Juga berpeluang untuk berbuka puasa bersama mereka.

Berkongsi kasih sayang bersama anak-anak yatim

Kami ke taman permainan untuk bermain bersama anak-anak yatim.

Menyediakan juadah berbuka puasa

Misi berpecah kepada dua kumpulan. Pertama iaitu Mizz Nina, PU Rahmat dan yang lain menyediakan juadah berbuka buat pelarian Syria di Gaziantep.

Kegembiraan Buat Anak-anak Syria di Azzaz, Syria

Manakala yang kedua iaitu, Noh Salleh, Khairul Hakimin, Musa Nuwayri dan Ibni Barakat masuk ke dalam Syria untuk menyantuni anak anak di sana.

Pengagihan pek makanan asasi

Kumpulan di Gaziantep mengagihkan bantuan berbentuk pek makanan kepada 30 keluarga di sana.

Pusat rehab, Dar El-Esteshfaa

Kami menziarahi Pusat Rehab Dar El-Esteshfaa yang menempatkan mangsa-mangsa perang yang terkesan secara langsung.

Seterusnya membeli juadah berbuka puasa, dan berbuka bersama mereka.

Berpeluang berbuka puasa bersama 3000 mangsa perang di Syria

Kumpulan di dalam Syria pula berkesempatan menziarahi dapur yang bertanggungjawab menyediakan makanan berbuka kepada 3,000 rakyat Syria di dalam kem hasil sumbangan kalian.

Lalu diakhiri dengan lawatan ke sekolah dan majlis berbuka puasa bersama mereka.

Menyantuni 1000 pelarian Syria di Kilis, Turki

Kami tiba di bumi Kilis.

Sebuah daerah yang terletak betul-betul di sebelah Syria.

Kami meneruskan misi ini dengan membantu menyediakan makanan berbuka puasa bersama pelarian Syria dan rakyat Turki di sini.

Kami turut mengambil peluang beramah mesra bersama Datuk Bandar Kilis serta ahli-ahlinya termasuk penyiaran tv Turki dan rakan media di sini.

Akhirnya, dapatlah kami merasa berbuka puasa bersama 1,000 orang pelarian Syria yang ditempatkan di sini.

Meluangkan masa bersama anak-anak kami di Sekolah Kita II

Hari kedua kami di bumi Kilis.

Pagi itu kami meraikan anak-anak cemerlang di Sekolah KITA (II). Kami turut hadiahkan kepada semua snek makanan buat mereka.

Perjalanan diteruskan. Kami bergerak keluar menyampaikan amanah kotak makanan untuk keluarga ibu tunggal yang berada di sini.

Lalu diakhiri dengan majlis berbuka puasa beramai-ramai bersama anak-anak di Sekolah KITA (II) yang ditaja sepenuhnya oleh Cinta Syria Malaysia.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0