Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Al-Hamdulillah, sebelum ini Tangisan Syria Di Bumi Jordan telah menyertai
Konvensyen Belia Dan Relawan (KOBAR ), di Irbid,Jordan. Difahanmakan hampir 300-400 Mahasiswa di seluruh mantiqah Jordan telah menyertai Konvensyen Belia Dan Relawan ini .

Konvensyen Belia Dan Relawan Jordan atau nama singkatannya KOBAR Jordan adalah pertama kali dianjurkan oleh Kelab Siswa HALUAN Jordan (HALUANSiswa Jordan), anjuran bersama HALUAN Malaysia dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ), persatuan-persatuan Zon, Badan-badan Anak Negeri dan pelbagai NGO kebajikan dan kemanusiaan.

Konvensyen yang bertemakan “Common Sense Is The Genius Of Humanity” itu menekankan aspek peranan mahasiswa dalam lapangan kemanusiaan, perlunya membangunkan nilai-nilai islam didalam diri sebelum membangun negara islam dan penukaran ilmu dari semata hanya difikiran untuk diubah menjadi realiti perbuatan bagi melahirkan muslim yang bermanfaat kepada orang lain yang memahami bahawa erti hidup adalah pada memberi.

Tidak ketinggalan penyertaan booth dari pelbagai NGO kebajikan & kemanusian seperti Aqsa Syariff, Aman Palestin, Tangisan Syria Di Bumi Jordan, Malaysia Syria Society (MSS), dan Teach For The Need (TFTN Jordan) turut memeriahkan dan membangkitkan kesedaran terhadap usaha misi kemanusiaan.

Disini, Tangisan Syria Di Bumi Jordan tidak sesekali melepaskan peluang bagi mempromosikan misi dan visi, kenapa dan mengapa Tangsian Syria Di Bumi Jordan ini ditubuhkan. Disamping itu, booth Tangisan Syria Di Bumi Jordan tidak lekang menyebarkan info-info semasa terkait apa yang berlaku di Syria.

InsyaAllah~ Doakan Tangisan Syria Di Bumi Jordan aakan terus berjalan baik sehingga Syria kembali damai.

Aminnn..

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0