Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Hari Jubah Sekolah Kita I – 2017

Alhamdulillah, pada tanggal 20 April 2017 bersamaan hari Khamis, Tangisan Syria Di Bumi Jordan menganjurkan Majlis Konvokesyen atau dikenali Hari Jubah SekolahKITA. Majlis ini adalah lebih kurang sama seperti majlis konvo sekolah yang biasa diadakan secara tahunan di Malaysia.

Majlis ini dihadiri oleh anak-anak, ibubapa, guru-guru dan kakitangan SekolahKITA serta tidak dilupakan barisan sukarelawan kami dari Mafraq, Irbid serta Mutah yang turut sama memeriahkan majlis ini.

Tujuan Hari Jubah ini diadakan tidak lain tidak bukan untuk memberi suntikan semangat buat anak-anak tersayang, di samping menanam kecintaan terhadap ilmu pengetahuan yang mendalam pada mereka supaya mereka akan terus belajar hingga menara gading. Semoga dengan itu tercapailah misi kita untuk memastikan anak-anak ini melalui zaman kanak-kanak mereka yang menyeronokkan, sebagaimana kanak-kanak lain. InsyaAllah.

Kami membawakan kepada anda Hari Jubah SekolahKITA secara langsung dari Hayy Janubi, Mafraq.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0