Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Fun Run With Syria!

Larian amal bersama Syria, sebuah aktiviti anjuran bersama Khidmat Ummah (Kumpulan 11), Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) dan Cinta Syria Malaysia (CSM).

Larian amal di sekitar KUIS yang disertai lebih 300 orang peserta berlangsung pada hari Sabtu, 9 Februari yang lalu berjalan dengan jayanya! Program bedah Buku Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi yang ditulis oleh pengasas Cinta Syria Malaysia – CSM, Saudara Musa Nuwayri diadakan pada sebelah petang.

Terima kasih atas kehadiran kalian di dalam sesi tempoh hari. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Watie Official yang sudi menaja keseluruhan program ini. Juga kepada para pelajar dan sukarelawan yang menyokong usaha ini.

Jumpa lagi di dalam program seterusnya!

Seronok bukan melihat anak anak ini ketawa?

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0