Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Lawatan ke Malakah Bahrain ‘Malahi’

Malakah Bahrain, Amman.
Sabtu,16 Julai 2016.

Bagaimana sambutan Aidilfitri kita semua? Huhu. Aidilfitri kami disini bukan sekadar ziarah menziarahi sanak saudara, jiran tetangga, sahabat handai bahkan ditambah lagi dengan lawatan ke malakah bahrain dan juga zoo yang berada di Amman. Masih ingat bagaimana lawatan ke sekolah zaman kita dulu? Adakah duduk diam sahaja di dalam bas? Atau bermundar mandir depan ke belakang dan tidak boleh duduk diam? Seronok bukan? Begitu juga mereka dan kami yang ikut serta. Bergelak ketawa bergembira serta dapat bermain dengan riang ria seperti kanak-kanak lain juga.

Terima kasih kerana menceriakan hari raya kami! Moga hari-hari kita seterusnya dilimpahi rahmat dan kasihNya untuk menjalani kehidupan yang lebih mencabar dengan lebih gembira dan sabar, in sha Allah.

Your Help, Their Future

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0