Setiap sen dari sumbangan anda merupakan amanah buat kami

Agihan Cinta Buat Pelarian Syria

“Sesungguhnya orang terbaik diantara kalian adalah orang yang memberi makan”. (HR. Ibnu Sa’ad dalam Ath-Thobaqot (3/227) Al-Hakim dalam Al-Mustadrok (no. 7739) Ath-Thobroniy dalam Al-Kabir (7310), dan lainnya. Hadits ini dinilai hasan-shohih oleh Syaikh Al-Albaniy dalam dalam Shohih At-Targhib (no. 948))

Terima kasih yang tidak terhingga buat para penyumbang yang sudi menyumbang kepada pelarian Syria di bumi Jordan. Kami hanya melakukan amanah yang tuan-tuan serta puan-puan amanahkan kepada kami. Moga-moga Allah melebarkan RahmatNyA kepada hamba-hambaNya yang pemurah.

Lihat lah akan raut wajah mereka ini, walau tidak sesempurna yang diimpikan,moga secebis usaha yang tuan serta puan hulurkan ini dapat meringan bebanan buat mereka.

Terima kasih selagi buat semua yang sudi memberikan perhatian kepada pelarian Syria di bumi Jordan ini. Kami bukan siapa-siapa, hanya hamba Tuhan yang mengharapkan redhaNya sahaja.

Doakan kami agar terus istiqomah. Dan doakan kami juga agar diberikan kekuatan ikhlas di dalam hati kami. InsyaAllah ~ Aminnn.

Kongsikan entri ini

Berita Terkini

MEAL REPORT: Mega Event Sekolah KITA
MEAL REPORT: Ubah Suai Infrastruktur PBACSM
MEAL REPORT: Klinik Medical Village 2.0